Our Picture

friends forever

Friday, November 27, 2009

Cuti-cuti Sekolah

Assalamualaikum...
wah,wah,wah, panjangnya anis tulis... siap banyak gmbar lg.
takpe2.. teruskan, saya tak kesah.. yg saya kisah ni apsal amani tak tulis walaupun satu post????? hmm... mesti ada sebab ni... kena upah FBI ni pi siasat.. haritu ada la anis pi jumpa amani kat public library.... tak taw la apa yg dibincangkan...
ha (x1) cuti2 korang sume mesti pegi bercuti kan? ha (x2) korang gi cuti mana yek??? ha (x3) saya nak gi balik kampung, kat N. 9... jauh gak kan??? tp taklah sejauh JB....
ha (x4) kwn2 saye sume gi mana ye??? nabilah plak, contact tak jwb, call tak angkat, antar email tak bls (sebenarnya bukan antar pown..) hai.....
ha (x5) anis lak, last skali jumpa hari selasa lepas, kasilah dia pinjam novel bru bli (kami sume ulat buku & novel taw!) pastu suoh dier pulang hari 2 Jan 2010,
ha (x6) itu jelah nak kata sekian...... assalamulaikum...

Friday, November 20, 2009

Hari Terakhir Persekolahan 2(Part 2)

Okey sekarang aku boleh sambung tulis cerita aku dan kawan-kawanku di sekolah...
Selepas, ambil roti arab dan gulai ayam...
aku yang sedang makan ni... sempat pergi ambil kamera...tangkap gambar...


yang kosong tu aku punya pinggan (ada makanan)
lepas makan tangkap lagi...




Sedap-sedap lar dulu yer?

Roti arab yang dimasak dengan begitu banyak ada gambar nya...

Mmmm...guru-guru yang hadir pun menjamah makanan yang disediakan dengan lahap sekali...Ada gambar nya... banyak....nak tayang 2 ajala...

Aku ada buat video.... 2 pulak tu... kalo tidak...ayah aku bukan bagi pun..tapi ada peluang..saksikan nantilah...yer

TERIMA KASIH


Thursday, November 19, 2009

Hari Terakhir Persekolahan 2(Part 1)

Selepas perhimpunan, kami murid-murid 6 Wawasan pun masuk ke dalam kelas. Beberapa minit kemudian, jamuan dimulakan. Pada awal pagi lagi meja sudah disusunkan dengan cadangan Nadhirah dan AzZah. Jadi, datangla Cikgu Saripah iaitu guru kelas kami. Cikgu la yeng menyediakan makanan.

Antara makanan yang disediakan adalah, pulut kuning, roti arab, kek coklat, kek padang bola..



Gambar ini ditangkap awal pagi lagi,
Aniq Muqri yang bawa ini,
datang sekolah pun awal hari ini
, coklat pun sikit-sikit ada dan agar termasuk juga puding.di sertakanSebelum memulakan jamuan, kami (murid-murid 6 Wawasan), perlu hantar borang sekolah menengah, yang diberi kelmarin. Borang tersebut disertakan dgn sijil sekali.

Amani(pengawas) sedang isi borang Sek. Men. Agama. Selepas hantar borang baru la boleh jamuan dimulakan. Apabila masuk kelas saja, aku ternampak beberapa orang kawanku sedang memasak...roti arab, atas dapur, bukan dapur gas yer? Adalah dapur tu kecil aje.Aku tangkap gambar sementara mereka masak roti arab tu. Nak tengok gambar tu?

Kamil ( peng. lelaki ) yang fokus kamera dulu.
Kemudian Fitrah pula.... tudung biru....


Kemudian, aku beralih ke arah Cikgu Ramlah. MASA YG DITUNGGU SUDAH TIBA.
Aku pun pergi laa meja yang lagi satu. Ckgu Ramlah tengah potong kek. aku pun tangkap gambar...hehehe masih ada peluang...

Tengok sedapkan? Yang ini baru full view...


Jadi, selepas buat segala persiapan, jamuan pun dijalankan....
WOW! Banyaknya roti arab....takpe nanti kamu semua tgk laa ya?(video lagi)..
Tempat nak letak roti-roti tu pun tak cukup... Cikgu Saripah pun suruh laa Adilah dan Ain lap satu tray ni... tangkap gambar lagi...



Adilah ( peng. )... Ain(pakai spec)
Cikgu Saripah suruh kami semua makan dulu, bagi lapit perut...
Kami pun ambil roti arab...dan mencicahnya dengan gulai ayam... emm..sedapnyer..
beginilah...cam gambar di bawah..


Okey laa setakat ini sahaju dahulu, nanti aku sambung pula...dah panjang ni...
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATHULLAHHIWABARAKATUTH

Hari Terakhir Persekolahan 1

Hari ini, Jumaat, 20 November 2009, merupakan hari terakhir murid-murid tahun 6. Hari tersebut dimulakan dengan pemberian hadiah membentuk wang kepada murid-murid tahun 6 yang mendapat 5A. Yang mendapat 5A ialah sebanyak 30 orang. 26 dari kelas 6 Wawasan dan 4 orang lagi dari kelas 6 Pintar. Selain itu, ada juga yang mendapat 4A 1B, sebanyak 19 orang.
Murid-murid tahun 6 yang mendapat 5A mendapat RM50, manakala yang mendapat 4A 1b pula mendapat hanya RM2o. Banyaknya perbezaan. Itu tiada masalah. Di sebelah KL pula, murid yang mendapat 5A mendapat RM100. WOW! BANYAKNYA! Tidak la banyak sangat.

Di bawah merupakan antara gambar yang sempat diambil.....

Amani pula dapat RM 20




Gembira dapat RM50
Kepada yang akan mengambil UPSR pada tahun depan,
Target dapat 5A, haa, akan dapat hadiah lumayan punya.
MESTI.
Assalamualaikum.

Yes!!

Tahniah kepada semua pelajar tahun 6. Sekolah kami seramai 30 orang mendapat 5 A dan 19 orang mendapat 4A 1B. Saya(nabilah), nazlifa dan anis mandapat 5A. Tapi takpa, walaupun amani mendapat 4A 1B tetapi ini cuma cabaran yang pertama. hehehe. dah mula la ni..

Kami happy sangat. ALHAMDULILLAH. ALLAH MAKBULKAN DOA KAMI SEMUA. Tapi yang kami sedih dah nak berpisah. hmhm.... Sedih nye I.

Wednesday, November 18, 2009

Hallo0....HAll0ooo!!!!

erm..hai..
Haahh..ini orang lain pula yang bercerita...
blog ini dikhaskan untukku ( Anis), nabilah, amani dan nazlifa...
esok..kami berempat akan dapat keputusan UPSR...aduhh jantung ini sudah berdebar...
ish...harap-harap kami berempat ini dapat mencapai impian iaitu mendapat 5A..... kepada pengunjung blog ini...doakan kami supaya dapat 5A ya...

oh! sebelum mengundur diri... di bawah ni ada senarai blog lagi.. sila kunjung ya?

www.anisfarhana-anis.blogspot.com
www.4genius.blogspot.com
www.whisper-of-hearts.blogspot.com

itu aja.. tinggalkan komen pasal blog kami tu okey? ...
thnx!!!

Monday, November 16, 2009

Haluuu...!!!!!!

Assalamualaikum....
Wow, this is my first post in this absolute blog . Know what, this blog is just for 4 of us. So, just we knows the password for this blog :)). Huhuhuhu... We will be separate each other next year :(~ . But, who knows, maybe we will study in the same high school?????????
Hurm... UPSR result will be giving this Thursday. I hope you all will pray for our success, okay????? Thanx... :).
I made this blog. Myself. But my friends will always update this blog if they have time. If not, sorry :O. Okie-dokie!!! :).
For those who want to visit our OWN blog, wait for our post. I'll ask them to type their blog address in their post ;)
Whatever, this is my blog address, http://www.two-hearts-one.blogspot.com/ (click on it okay?) I will wait for you at there!!! ;))
If you have time, you are welcome to my blog. Your coming will be pleasant to.... ;)
That's all, bye-bye... Assalamualaikum... :)